Sporotrichosis

Assalamualaikom blogger sekelian. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Hari ni dah 20 Syawal. Masyaallah...cepatnya masa berlalu...dah jauh Ramadhan tinggalkan kita...rindu Ramadhan..really...rindu berebut-rebut waktu Maghrib bersiap-siap nak pi surau Pagar Buluh..rindu kawan-kawan..rindu tok-tok..rindu suara merdu imam muda Pagar Buluh..suara bagai buluh perindu...lapang dada dengar imam baca surah-surah..mendayu-dayu...meresap masuk ke dalam dada..kusyu' jadinya...

Khabarnya...imam muda surau kami tu dah melanjutkan pelajaran ke Mesir...alhamdulillah...milik ibu manakah dapat anak soleh camtu..hebat...wished have sent my children to tahfiz schools...bangga sebangga bangganya dapat anak yang boleh recite Quran sebaik itu..Good luck to you dear imam muda...Adik Sirajuddin..


Ok..back to my topic of the day...nak kongsi pengalaman tentang penyakit Sporotrichosis kucing ni...Pertama sekali nak declare saya bukan seorang vet, saya pencinta kucing dan catatan saya ini hanya lah untuk rujukan kepada mereka yang ingin tahu tentang penyakit Sporo kucing ini dan catatan ini adalah dari pengalaman saya sendiri, yang mempunyai kucing yang dijangkiti Sporotrichosis boleh guna sebagai panduan.


First time in my life..pernah dengar penyakit yang deadly ni..dan merbahaya ni...as deadly as HIV AIDS bagi manusia. Penyakit SPORO ini pun infectious juga kat manusia...so hati-hati penggemar dan rescuers kucing sekelian..Semuga kita lebih berhati-hati dengan penyakit ni...dalam usaha kita nak membantu kucing-kucing jalanan....kita juga harus menjaga diri kita agar tidak dijangkiti dan lebih penting lagi equip diri kita dengan ilmu tentang kucing..kita bukan vet..tapi perlu ambil tau juga...supaya kita tak sakit dan tak dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya ni, so that kita boleh tolong lebih banyak kucing-kucing malang yang kita jumpa dan adopt..


Bermulanya kisah sporo ni adalah seekor kucing malang ni...kucing ni saya panggil dia Hero...dulu Hero ada seorang adik betina bernama Olean..yang akhirnya saya adopt dan masih hidup dan sehat sampai saat ni..entah camna..saya tak dapat pujuk Hero untuk ikut saya balik..so Hero ni tinggal di jalan-jalan di sekitar Taman Perumahan saya. Kadang-kadang bila saya jumpa dia, saya beri dia makan tapi Hero tak mau ikut saya balik walau berkali-kali saya pujuk.


One day tu..saya nampak dia di tepi jalan dengan badan dia luka hampir seluruh badan..nampak badan dia semacam terkena curahan air panas atau apa..tak pasti..melekit-lekit... Berhari-hari setiap kali saya jumpa dia..saya cuba pujuk dia..dia tak mau juga. Bertuah saya hari tu akhirnya..saya berjaya pujuk dia..agaknya dia terlalu lapar atau tetiba jadi percaya kat saya.. Inilah rupa Hero saya yang malang..



My poor Hero..





Badan Hero yang luka..



Kaki Hero yang luka di sendi..





Pada saya ketika tu..nampak macam luka biasa akibat melecur air panas atau minyak panas atau akibat bergaduh sesama kucing lain. Malah di perut dia pon nampak semacam melekit-lekit..saya fikir minyak. Saya bawa Hero balik rumah dan asingkan dia dalam cage. Dia nampak happy sangat lebih-lebih lagi tengok ada ramai lagi geng-geng pak bulu macam dia.. saya asingkan pon kerana nampak banyak sangat luka di badan dia dan saya takut anak-anak bulus saya yang lain attack dia pa ka...Saya kata pada Hero time tu..esok saya akan bawa dia pergi klinik.

Esok tu..saya ambil cuti dan bawa dia pergi vet. To my dissappoinment..vet tu langsung tak nak sentuh Hero..dia dok kata kat assisstant dia...badan Hero smelly...dan asyik dok kata "eyer..eyer.." Bencinya hati saya time tu..sampai hati..apa dia ingat Hero tak faham ke? Tak layak jadi vet..kalau dia orang yang educated tentang veterinarian..what so ever... perangainya camtu..apalah lagi kami yang clueless ni tak tau hapa tentang sakit hamba Allah ni..Saya betul-betul kebingungan...pasal apa ni..sakit apa ni..apa sal buat camni?


Dia buat calitan dan tengok under microscope dia...dan confirmed Hero ada penyakit Sporo ni.. tulah pertama kali saya dengar tentang sakit Sporo ni...Dia bagi tau..sakit ni bahaya dan boleh berjangkit pada manusia jugak..


Saya tanya vet tu..luka-luka ni camna? Tak nak cuci ka? Dia kata tak payah cuci..ubat yang dia bagi tu akan keringkan luka tu dengan sendiri..tapi lambat baik..mungkin berbulan-bulan. Dia bagi saya dua jenis ubat..yang mana later baru saya dapat tau tu ubat sporanox dan untuk liver kucing. 


Ketika tu sekitar penghujung Januari 2017. Saya terus bagi ubat tu..sampai ke pertengahan Februari, 2017..masih tak nampak perkembangan... kemudian..pagi tu ketika nak pergi kerja saya tengok kaki dia dah mula berulat..saya cepat-cepat bawa pergi vet Kerajaan..pembantu vet tu terus nasihatkan saya to PTS (put to sleep) kan Hero..Saya kata saya tak mau..tak sampai hati..saya kata cubalah tengok mata Hero yang happy tu..dia tak tau pon apa yang jadi kat dia...masih aktif dan lalu makan...Tak bolehkah bantu? Pembantu vet tu kata dia akan cuba tengok apa yang boleh buat.


Kebetulan saya mendapat panggilan dari menantu saya..anak sulung saya nak bersalin..Saya terpaksa ke KL serta merta dan saya terpaksa tinggalkan Hero di Vet Kerajaan.


Lusa petang tu saya balik dari KL dan terus ke Vet Kerajaan dari airport...betul seperti bisikan yang saya dengar dalam hati saya..dia orang dah PTSkan Hero..True enough..saya balik tengok Hero terlantar atas operating table dia orang..dah keras membatu..tak tutup pon bangkai Hero..saya sedih sangat...berderau-derau air mata turun laju..sampai hati..tergamak buat camtu..Hero harapkan saya dan saya kecewakan Hero..


Selepas kejadian tu...berhari-hari saya sedih..rasa marah..benci pun ada...tapi tak pulak saya ambil inisiatif nak memahami penyakit Sporo ni..ingat selesailah isu Hero...lagi pun saya tak terfikir bahayanya kerana saya kurung Hero dalam cage yang berasingan..tak terfikir ia akan menjangkiti kucing saya yang lain.


3 bulan selepas tu...saya dapati anak bulus saya yang baru saya ambil dari jalanan yang saya namakan Baling..saya jumpa dia di Baling, Kedah. Dia selesema..saya bawa pergi vet lain pulak (serik vet yang dulu)...vet tu pon bagi ubat selesema yang biasa..masih belum sembuh selepas ubat yang pertama habis...saya bawa balik ke vet tu..selesema dia masih belum hilang tetapi kali ni bila dia bersin..keluar darah...merecik darah..Aik apa hal ni pulak..

Saya dah lupa pasal Sporo atau kaitannya dengan Hero..langsung tak terfikir..

Tapi nasib baik..saya bagi tau vet tu tentang Hero..dia pun buat test dan confirmed Baling terkena Sporo...alamak..camna ni..? 


Alhamdulillah vet yang baru ni Dr Tina cukup baik untuk explain pada saya penyakit Sporo ni..dia minta saya search lanjut dalam internet...kerana katanya di Malaysia ni macam orang baru tau tentang penyakit Sporo ni dan bahayanya pada kucing dan manusia...tak banyak article tentang hal ni..


Baling ketika tu..belum sampai 1 tahun...tapi dah selesai semua vaccination yang sepatutnya dia ambil tapi tak terlepas dari terkenan Sporo...


Sporo bukan baktirea..dia sejenis kulat..yang merbahaya. Sifat kulat yang common adalah dia hidup di tempat lembab dan merebak dengan cepat di tempat yang ada air atau lembab. Penyebaran dia adalah melalui udara dan sentuhan juga. Kemungkinan Baling berjangkit dari Hero adalah melalui udara ...kerana spora penyakit ni boleh terbang..dan hinggap di badan mangsa...ketika selesema Baling mungkin lemah dan cairan yang luar biasa akibat selesema di hidung Baling membolehkan Sporo tembus...Baling dijangkiti di hidung.


Ini gambar Baling waktu pertama kali saya bawa dia balik rumah. Cute sangat..dan suka tengok TV...



Baling the first day at home..


Baling watching TV..her favourite..


My Baling..si budak siam Baling.



Baling dijangkiti sporo di sekitar hidung dan pipi..




Sporo..




Journey saya dalam pencarian maklumat tentang Sporo ni baru bermula full swing..bagai nak buat thesis..saya mencari maklumat di internet seperti saranan Dr Tina..Ini adalah beberapa findings yang saya jumpa untuk saya share dengan anda yang menziarahi laman blog saya ni...very informative and very helpful...so that kita tahu dengan apa yang kita sedang dealing with ni..


Yang saya nak tekankan di sini adalah perkara-perkara berikut:


1.  Kalau kucing kita sakit..segeralah bawa ke vet untuk diperiksa..baik selesema sekali pon..Jangan jadi macam saya..kerana kucing-kucing yang kita bawa balik tu..kita tak tau tahap kesihatannya...kita mungkin telah bagi vaksin atau ubat cacing or ubat kutu..tapi itu tak menjamin mereka betul-betul fit atau kalis dari penyakit yang merbahaya seperti Sporo..Jangan ambil ringan..kerana kos merawat sakit Sporo sangat mahal..dan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga..dan courage..yes..tak tau nak nilai camna..Pencegahan lebih baik dari merawat..


2.  Kalau kita bawa balik kucing yang sakit...selepas jumpa vet..asingkan lah lebih baik...takut berjangkit. Asingkan maksudnya asingkan bukan dalam sangkar saja..asingkan dari berkongsi ruang yang sama dengan kucing yang sakit..Saya letak Baling dalam bilik yang kosong..Memang kucing sangat sedih bila kita asingkan mereka...mungkin dia fikir kita menghukumnya..atau sedih kerana dia tak da kawan...and dalam case Baling..mungkin dia tak dapat tengok TV...cian Balingku..


3. Bacalah dengan lebih lanjut dalam internet kalau ada suspect yang pelik...penting tu...so kita tau arah mana nak tuju...apa nak di expect dan taklah gabra sangat..


4. Jangan putus asa..saya baca dari kawan-kawan yang pernah terbabit dengan kucing berpenyakit Sporo ni...kena positif dan jangan sekali-kali putus asa...kena korban duit, masa dan tenaga. Saya bangun malam solat hajat dan tahajjud minta doa berhari-hari dan sepanjang bulan Ramadhan yang lepas..mengharapkan bantuan Allah Subhanawataala dan limpah belas kasihan dan kasih sayangNya kepada Baling buah hati kecil ku..sembuhkanlah Baling kecilku Ya Allah...kerana hanya Engkau Yang Menyembuhkan...dan hanya Engkau yang ada penawarnya. Kena banyak-banyak minta pada Allah..


5. Kos merawat sangat tinggi...cubalah buat sendiri macam kawan-kawan kita yang pernah mengalaminya tu... insyaallah...telah ada yang success.."when there is a will...there will always be the way.."


6. Kalau mampu dan tak kisah nak sedekahkan lebih sikit duit...dapatkan lah air purifier dalam rumah kita atau dalam bilik yang kita mengurung kucing kita yang sakit tu..agar alergen-alergen yang jahat dapat diperangkap oleh air purifier dan kita dapat udara yang lebih bersih dan sehat bebas dari alergen-alergen


Ada yang murah di pasaran online..macam di Lazada...tak perlu beli yang mahal yang mana temasuk kos menservis...beli seunit dan kita servis sendiri..mudah je nak menservisnya..baca instruction dalam manual. Sekitar RM300 lebih ke RM 400 pun ada berbanding dengan yang berbayar bulanan RM 100 lebih sebulan.. pilihan di tangan anda.


7. Jangan sesekali guna air untuk cuci luka atau bahagian yang berjangkit sporo..kulat ni suka air.Biar kering sentiasa kucing. Sapu dengan putik kapas atau cotton ball. Putik kapas dan cotton ball yang murah ada di Tesco.


9. Saya juga tak sarankan antibac wipes atau pencuci seangkatan dengannya untuk cuci luka atau mana-mana bahagian yang terkenan sporo..kulat dan baktirea tak sama spesis dan should not be treated the same.Saya merasakan jangkitan di tepi pipi Baling tu kerana saya guna antibac wipes. Sebelum tu hanya hidung Baling yang terkena sporo.


10. Kalau nak yang lebih efektif lagi... dapatkan satu Robot Vacuum..yang saya panggil Bibik Bot yang boleh diprogram untuk membersihkan lantai kita dari habuk, hama dan kulat yang berterbangan, pada masa yang kita mahu. Boleh dicuci dan rajin Bibik Bot ni...pon boleh didapati secara online..dengan harga yang lebih murah jika dibeli dari kedai electrical..


11. Ketika nak merawat kucing Sporo kita tu...dinasihatkan pakai face mask dan glove getah (surgical glove)..ada yang lightly powdered..senang nak pakai..tak melekat di jari..Boleh dibeli dari pharmacy...



mask

disposable glove yang berpowder.

12. Pakailah juga apron untuk lebih protection...boleh basuh apron tu.. ada apron PVC..ada kat kedai DIY...tak sampai RM10/-...senang basuh dan bilas berbanding dengan yang materialnya kain..

13. Sebelum saya rawat Baling...saya mop dulu lantai bilik tu dengan bleach...macam clorox. Saya beli yang murah saja dari Tesco...brand Tesco..Selepas rawat pon saya mop lagi sekali. Pakailah kasut dalam bilik tu...sliper lembut kain tu..(bathroom slipper).


14. Selepas rawat Baling.. dinding-dinding pon saya mop dengan antibac spray..brand Tesco jugak...takut bila dia bersin...terpercik ke dinding jugak..


15. Guna kapas atau putik kapas untuk merawat..elak guna tangan yang tak beralas. Kulat sporo senang merebak. Sebab tu dia senang merebak dari satu bahagian badan kucing ke lain bahagian badan mereka.Saya beli kapas dan putik kapas brand Tesco jugak..



cotton buds beli dari DIY.

16. Cuci anggota badan kita dengan sabun antibac macam Dettol selepas selesai merawat kucing kita..saya beli dettol brand Tesco.. murah sikit..


17. Asingkan pakaian kita yang berkaitan tu dalam plastik atau bakul yang berasingan. Rendam dan basuh dengan sabun antibac. Kalau pakaian berwarna putih lagi senang...rendam kejap dalam clorox..bagi mati kulat tu..


18. Akhir sekali..saya mohon kepada anda yang mempunyai kucing terkena sporo..kasihanilah mereka..jika tak mampu nak rawat mereka pon..JANGAN LAH BUANG MEREKA KAT PASAR..KAT KEDAI MAKAN...Kesiankan depa dan kesiankan kucing lain..Tolonglah demi Allah..Tolonglah..Kalau kesempitan wang sangat pon..minta bantuan dan ehsan ramai orang Malaysian yang sangat prihatin, murah hati dan dermawan..saya pasti Allah akan tunjukkan jalan penyelesaiannya. Jangan memilih untuk PTS kan mereka kerana itu bukan hak kita untuk mengambil nyawa makhluk Allah...Bantulah..Please..i beg from the bottom of my heart...


Ok now...ini yang saya nak share dengan anda semua..tentang rawatan penyakit Sporo ni yang saya dapatkan dan buat untuk Baling..saya tak cuba nak translate ke bahasa kerana takut tidak dapat difahami..dari sumber asal..tapi bagi yang lebih selesa dalam BM..boleh guna translation saya sebagai panduan...WARNING! TIDAK JAMIN TEPAT 100%.



Treatment of Sporotrichosis in Cats

Rawatan Penyakit Sporotrichosis Kucing

Treating felines for fungal disease of the skin has proven to be
Rawatan untuk penyakit kulat /spora kulit bagi kucing telah terbukti 

somewhat of a challenge for veterinary practitioners. There is a variety
menjadi sesuatu yang mencabar di kalangan pengamal veterinar. Terdapat beberapa

of medical drug therapies a vet can use, however, many are not approved
terapi ubat-ubatan yang boleh digunakan oleh doktor veterinar, tetapi kebanyakkannya tidak 

for animal use and have notable adverse effects. Talk to your
diluluskan untuk digunakan ke atas haiwan dan dibuktikan terdapat kesan yang tidak dikehendaki. Berbincanglah dengan doktor veterinar anda

veterinarian about possible adverse reactions caused by the drug chosen
tentang kemungkinan reaksi yang tidak dikehendaki/tidak dijangka ini berhasil daripada ubat yang digunakan 

for treating your cat’s sporotrichosis and the appropriate way to
dalam merawat kucing sporo ini dan cara yang sepatutnya 

monitor the feline at home. Therapeutic treatments can last anywhere
memantau kucing berkenaan di rumah. Rawatan teraputik (tak tau dalam BM) boleh memakan masa sekitar

from three weeks to a month and your vet may choose to continue well
3 minggu ke sebulan dan dr vet anda mungkin meneruskan rawatan berkenaan

after the apparent clinical cure. Traditional drugs used to treat cats
selepas rawatan klinikal. Ubat tradisional yang biasa digunakan untuk merawat kucing 

with Sporotrichosis iTnclude the following: 
penyakit Sporo ini termasuklah:

Sodium iodide 
Potassium iodide 
Ketoconazole 
Itraconazole 
Terbinafine 
petikan dari laman web ini dan boleh baca lanjut di laman web ini.


1.   "Itraconazole is the preferred treatment for cutaneous and
lymphocutaneous  sporotrichosis. It may also be used to treat bone
and joint infections. Itraconazole is administered orally to cats at dosages of 5 to 10 mg/kg (2.3 to 4.5 mg/lb) every 12 hours, preferably with food that increases absorption. Compared with the capsule formulation (at an equivalent dose), the liquid form of itraconazole is often used to treat cats because it permits more accurate dose measurement, is best absorbed when food has been withheld, and attains higher peak plasma concentrations." 


Itraconazole adalah rawatan yang lebih dipilih untuk sporo cutaneous dan lymphocutaneous. Ianya juga digunakan untuk merawat jangkitan tulang dan sendi. Itraconazole diberi secara oral kepada kucing mengikut dos 5 - 10mg/kg berat kucing (2.3 - 4.5mg/lb) setiap 12 jam, sebaik-baiknya digaulkan di dalam makanan yang boleh meningkatkan penyerapan ubat berkenaan ke dalam badan kucing. Berbanding dengan dalam bentuk kapsul (dalam sukatan yang hampir tepat), ubat intraconazole dalam bentuk cecair adalah lebih digunakan untuk merawat kucing kerana ia membolehkan penyukatan dos ubat yang lebih tepat, lebih penyerapan dan boleh mencapai konsentrasi plasma yang lebih tinggi (tak tau apa maknanya dari segi ilmu keveterinariannya).


"Few adverse effects associated with the use of itraconazole in cats have been reported; in 1 study, no adverse effects were detected in cats treated orally with 10 mg/kg/d for 3 months, whereas cats treated with the same dosage of ketoconazole developed anorexia and weight loss.  In cats treated with antifungal agents, drug toxicoses have been reported and necessitate that serum biochemical analyses are performed regularly during treatment of sporotrichosis. Treatment should be continued for 1 month after apparent clinical cure to prevent recurrence of clinical signs[13]."

Beberapa kesan tindakbalas berkait dengan penggunaan itraconazole kepada kucing yang dilaporkan; di dalam satu kajian, tiada tindakbalas yang tidak dingini dikesan kepada kucing yang dirawat dengan 10mg/kg/sehari selama 3 bulan, manakala kucing yang dirawat dengan dos yang sama ketoconazole menyebabkan anorexia (hilang selera makan) dan kehilangan berat badan kucing. 




Ada lagi rujukan tentang intraconazole yang saya jumpa.


http://www.catdandruffclinic.com/sporotrichosis-in-cats/



"Itraconazole has also been used in treating sporotrichosis in cats and is currently considered as the most efficient drugs in humans and also in cats. Due to its great selectivity for the fungal cytochrome system, Itraconazole is a potential inhibitor of a variety of fungal pathogens. Being a lipophilic drug, it is absorbed well after oral administration and widely spread to tissues such as the skin, where it gains a higher concentration than that in plasma.
In cats, it is administered orally at dosages of 5-10mg/kg (2.4-4.5 mg/lb) for every 12 hours. This should be preferably without food to increase rate of absorption. Compared to an equivalent dosage with the capsule formulation, the liquid type is considered because it allows for more accuracy in measurement of the dose. Again, it is efficiently absorbed if food is withheld and gains greater concentration than plasma.
Itraconazole has few associated side effects being reported in cats. During pregnancy, itraconazole administration is contradicted. Drug toxicoses have been reported in cats treated with antifungal agents. This will necessitate performance or regular serum bio-chemical analysis during sporotrichosis treatment. Treatment should be prolonged for one month after clear clinical cure to avoid clinical signs from recurring."


Jadi apa yang saya faham di sini, itraconazole adalah ubat yang lebih dipilih berbanding ketoconazole dan ubat inilah juga yang diberi oleh vet saya Dr Tina. Ubat ini kemudiannya saya beli sendiri dari pharmacy (brand Hovid)...100mg/kapsul dengan harga RM15/strip atau 4 biji - Pharmacy tu beri discount, jadi RM38.00/3 strip/12 biji. Harga sebiji jadi RM3.20. Sebiji boleh dimakan 4 kali atau 3 kali, ikut berat kucing. Satu strip 4 biji tu boleh makan lebih kurang 16 kali lah..Kalau sehari 2 kali macam disebut dalam artikel tu..so tahan 8 harilah..

Ingat yang disarankan di dalam artikel di atas hanya 10mg/kg berat kucing. Baling saya berat 2.5 kg..so kena bagi 25mg saja la..maknanya satu kapsul ni boleh makan 4 kali. Sarankan di atas ubat diberi setiap 12 jam..so maknanya 2 kali sehari la kan.. Tapi vet saya beri dos yang lebih sikit tapi sekali sehari..

Masalahnya camna saya nak sukat jadi 25mg...tulah kan dia kata dalam artikel kat atas tu.. So saya contacted balik pharmacy tu ...cik pharmacie saya ajar...tambah air 20ml dengan 1 kapsul intraconazole ni..dan mix kan. Beri pada Baling hanya 5ml/ suku dari mixture tadi tu. Saya dah try. Ini yang pharmacy saya ajar, tapi granules/ butir-butir ubat tu tak mudah hancur dalam air suhu bilik so kena air suam2. Senang lagi sukat guna kapsul asal ubat tu.  


Intraconazole/ Inox brand Hovid


Intraconazole 100mg






2. 4Life Transfer Factor  (4life nama brand)

- untuk tingkatkan imun badan kucing. Saya tak tahu kalau ada brand lain. Ini pun saya beli dari Lazada Malaysia. Agak mahal RM179 sebotol 60 kapsul.Boleh dicampur dalam makanan dan minuman. Dan difahamkan boleh ditabur terus ke atas luka di badan kucing yang dijangkiti Sporo.






3.  Vetri DMG (Vetri tu nama brand suppliment ni)

Ia ada dalam bentuk sirap dan tablet. Ada jual kat pet shop. Satu strip ada 10 biji RM20.00 saja. Satu botol dalam bentuk sirap RM55.00 sebotol (kecik saja) - tak pasti berapa ml. Kurang lebih sebesar botol esen vanilla yang kecik tu..Di Lazada Malaysia ada jual tapi lebih mahal dari Pet Shop.


Vet saya sarankan 1 biji 1 hari untuk Baling.









4. Krim Terbinafine [Lamisil].


Harga satu tiub RM13.00, saya dapatkan dari Pharmacy. Saya sapu pada pipi Baling. Terbinafine ni ada dalam bentuk gel dan krim. Saya sapu gel pada Baling tapi dia tak suka..agaknya pedih. Saya sapu krim dia ok.


Untuk hidung dia vet saya beri..tak tau apa nama..malu nak tanya..takut dia suspect saya nak beli dari pharmacy lagi..dia suruh titik dalam hidung Baling. Tapi Baling meronta dan cuba garu hidung dia bila saya titikkan..so saya cari cara alternatif...guna cotton buds dan saya sapu perlahan-lahan kat hidung Baling. Kesian my Baling...poor girl..







5. Himalaya Liv.52 (for cats and dogs)


Ini untuk menguatkan hati kucing kerana penyakit Sporo akan menyerang hati kucing dan boleh menyebabkan hati gagal berfungsi. Saya beli dari Lazada Malaysia dengan harga RM31 sebotol 60 biji.Satu biji jadi 52 sen. Saya beri 1 biji sehari sahaja seperti yang vet saya prescribed untuk Baling.







6. Salap Povidon Brand Cap Kaki Tiga.


Saya simpan saja sebab Baling belum ada luka..so saya tak perlukan lagi buat masa ni.


7. Pakaikan colar untuk kucing (macam Baling pakai). Kalau tak..nanti dia garu dan jangkit ke tempat yang digaru tu pulak. Macam jari kaki atau tangan dia, ekor dan sebagainya.So far..alhamdulillah..hanya bahagian muka Baling yang ada Sporo. Hari-hari saya doa jangan merebak ke tempat lain.


8. Luangkan masa kalau boleh dengan kucing kita tu..dia sedih dikurung sorang-sorang..kesian..tapi hati-hati..bila sakit kucing jadi manja dan suka sondol badan dia pada kita..dia nak bagi tau kita dia sayangkan kita..Tapi hati-hati..bahagian baju yang terkena tu asingkan dan basuh berasingan dari baju yang lain.



Kos Rawatan Sehari


1. Intraconazole - 1 biji tahan 3 kali - RM3.20/3 = RM 1.10
2. Liv.52                                         = RM 0.52
3. Transfer Factor - RM179/60                     = RM 3.00
4. DMG - RM20/10 biji                             = RM 2.00
5. Lamisil - 1 tiub RM13.00 (tahan sebulan kot)   = RM 0.45
6. Lain-lain (kapas/putik kapas)                  = RM 0.50

Total anggaran:                                   = RM 7.50

Kalau pergi Vet, sekitar RM150 untuk bekalan ubat bagi 10 hari. Jimat jugalah.
* tapi ada juga dua tiga jenis ubat yang vet beri tapi saya tak pasti apa..mungkin suppliment. Tapi kalau kita cuba yang utama/ yang nak disegerakan di atas ni dulu, ok jugak kot. Ada duit lebih..boleh beri suppliment kemudian. Tentu sekali suppliment membantu menguatkan lagi imune kucing.



Untuk keterangan lanjut, anda boleh baca laman-laman blogger ni..i find them very helpfull..












SELAMAT MENCUBA...JANGAN LUPA BERSERAH DAN BANYAK BERDOA DAN MEMINTA BANTUAN ALLAH.."MINTALAH KEPADA KU NESCAYA AKU PERKENANKAN DOA MU"

Comments

  1. Thank you for your information kak! Baru harini saya dpt tahu kucing saya dijangkiti sporo dan kemungkinan saya pun dijangkiti sporo. Akak pernah direct contact dengan luka Hero?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DICTIONARY MELAYU PENANG - MELAYU BIASA - ENGLISH